sahabat biar beribu musuh biar satu

Ingatlah sahabat… Bunga itu menguntum indah, Menyeri dan mekar memerah, Dipuji dengan berbagai-bagai madah, Esoknya bunga itu gugur ke tanah, Serpih demi serpih ia punah, Tanpa daun dan kelopaknya musnah. Sahabatku… Engkau bukan layu seperti bunga, Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya, Lambang bunga lambang sementara cuma, Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya

pesanan buad mu teman:

Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…

Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…

Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah

Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan

No comments:

Post a Comment