jangan masukkan setiap peristiwa yang berlaku pada anda di dalam hati anda

hai .
apa khabar everybody .
selamat pagi .hari ini miss nak kongsi entry pasal tajuk dekat atas itu ya .
Nasihat saya untuk anda jangan lah meletakkan bola dunia diatas kepala anda. Biarkanlah semua peristiwa itu terjadi dan jangan disimpan dalam anda. Setiap orang memiliki hati seperti "bunga karang" yang akan menyerap semua isu dan berita bohong yang sedang berkembang, padahal semuanya itu hanya akan membuat perasaan menjadi semakin tidak tenteram dan cepat termakan serta larut dengan kebohongan.
Mereka yang telah menjiwaimeksud kebenaran akan sentiasa menambahkan pelajaran hidup dan nasihat bagi hati untuk menguatkan keimanan seseorang. Sebesar manapun keberanian seseorang itu dalam menghadapi dugaan, semua itu tidak akan memberi manfaat tanpa diiringidengan keimanan yang kukuh.
kita sebagai hamba ALLAH tanamkanlah sifat sabar di dalam hati kita .Kerana ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar.
Sungguh kasihan mereka yang memiliki hati yang lemah, betapa berat goncangan hidup menimpa mereka berkali-kali dalam setiap harinya .Isikan lah hatimu dengan memuji Allah. KeranaNYA kita masih dapat bernafas dan beribadat kepadaNYA .
Ayat Al-Baqarah:96
 Dan sesungguhnya akan engkau dapati mereka itulah yang seloba-loba manusia terhadap hidup , dan lebih dari orang-orang yang musyrikin, ingin setiap orang dari mereka jikalau diberi umur seribu tahun. Padahal tidaklah akan menunda-nundanya dari azab panjang umurnya itu. Dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.

Sedangkan orang yang memiliki hati yang kuat akan sentiasa mendapat pertolongan dari allah .
okaylah . Thats all for today . Have a nice day

saya masih di sini

hey kawan-kawan :)

lama tak membebel dekat sini kann .. semua apa khabar ? hope semua sihatt walafiat . miss nak storyy about   our camp bulan 12 nie for yang ada jawatan tahun .. tapi miss mane ada jawatan nak selit juga . nak tahu dekat mane .. tempat dah lama miss teringgin  nak pergi tapi tak kesampaian .. alang2 ada lebih kosong .. si ADLIN NILDA semangat ajak miss . miss tak nak lepaskan peluang ini . apa lagi joinlahh .. haha . first process payah sikit lahh .. time tu rasa macam tak dapat je nak pergi . yelahh miss kan takde jawatan macam diorang .. last2 SIR KHAIRUDDIN masukkan jugak .. thank you very much sir . okayy change topikk ..

tapi sebelum . kepada yang sedang membaca entry ni . tolong senyum macam kucing dekatt atas . barulah  manis muka tu . yang HENSEM mesti bertambah hensem kan . yang CANTIK mesti bertambah cantik . tak caye pergi amik cermin tatap sepuas2 nya . tak puas snap gambar simpan dalam fon . tataplah sepuas2 nya .. haha .. okayy lahh miss dah merepek meraban dah ni .. hari pun dah masuk maghrib . mandi pun belum lagi ni . tata semua .

borrow your eyes and heart for me just a few minute

selamat tengahari buat blogwalking:)
today i want share sedikit cerita . ceh! bahasa dah campur . haha ..
mari kita dengar . before that , miss nak pinjam kan mata dan hati semua wanita . okay . kejap je bukan nak buat perhiasan dalam balang pun . nak suruh baca je . hehe
bismillahirrahmannirahim . senyum sikit:))
SIFAT WANITA SOLEHAH...

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda,’Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah’. (Riwayat Muslim).*

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni’matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: ” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. “

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni’matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: Ertinya:” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

Mr.chipsmore saya


Miss tak tahu nak mula cerita untuk entry kali ini .. Mr.chipsmore saya buat saya jatuh hati dekat dia semula lahh .. Miss ingat Miss dah padam pasal dia dekat kotak hati ini .but hari tu Miss dengan dia contact balik . mula-mula malas juga nak layan dia . sebab tak nak ingat cerita dulu ( ceh ! tak menahan ayat nye) .
so . Miss decide nak FRIEND saja dengan Mr.chipsmore saya tuh . best jugalah dapat borak dengan dia walaupun sekejap . it okay lah juga kan . daripada tak bercakap langsung :) .   

 
okay .. lama tak buka story kat sini kann .. fuhhh ! ber habuk sudah .. sekrang  ni busy dengan SMA lahh ... semngat sikitt nak belajar tahu ni sebab pakai buku baru ...
okay lahhh lain kali buka story lagi ... chowww

hang out or MERAYAU ..

hee' .. okay Alida malas nak cerita lahh .. buat penatt tangan je .. kalau nak tahu ..
meyyh datang kat meja Alida masa sekolahh .. okay
tapi memang best gler masa kat mid valley  ..
first time sampai dekatt situ ..
batak sikitt lahh:)..
jalan punya terserempak dengan budak sekolah:)
happy + malu = buat2tak nampak je ..
haha ..  

okay lahh Alida rasa jam loceng dari tadi dahh mnjerit suruh tidur ...
selamat malam budakk :)

saja nak bercerita


hari Alida nakkongsi cerita sikit ..ini mengenai kaum hawa iaitu kaum Alida sendiri ..
walaupun Alida ini tidak mahir sgt bab2 nak ceramah ni .. korang just baca lahh apa yang Alida tulis ini..

Alhamdulillah, terdetik di hati ini untuk menceritakan perihal keistimewaan insan yang dinamakan perempuan. Betapa mulianya insan ini. Tangannya mampu menggoncang dunia biarpun lembut mengayun buaian.
Bukan ingin mengangkat diri ini kerana saya juga seorang perempuan tetapi ingin menyedarkan mereka yang pada saat ini sangat leka dan lalai dalam menilai indahnya penciptaan kaum hawa oleh Allah SWT.
Tidak ada sesuatu perkara itu dicipta tanpa sebab dan asbabnya. Diciptakan setiap makhluk itu punyai tugas dan tanggungjawabnya. Secara umumnya, ya! Memang setiap makhluk yang Allah ciptakan adalah semata-mata untuk beribadat kepadaNya. Firman Allah SWT,

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (Surah Adz Dzaariyaat; ayat 56)
Apa yang saya ingin bincangkan secara terperincinya berkisar hanya pada insan yang bernama perempuan. Perempuan diciptakan oleh Allah dengan penuh keistimewaannya. Mereka fitrahnya dihiasi dengan adab yang sopan, tutur kata yang melembutkan jiwa yang mendengarnya, serta tindakan yang lemah lembut mampu mencairkan insan yang diberi nama lelaki.

Namun, dewasa ini kedudukan mereka telah disalah ertikan. Mereka kebanyakannya dianiaya, dipandang lemah, dan digunakan untuk memuaskan nafsu semata. Berulang kembali zaman jahiliah itu sebelum datangnya Islam dahulunya. Kedatangan Islam yang terus menaikkan martabat perempuan itu sendiri.

Di mana kesedaran kita? Mahukah kita kembali ke zaman yang lampau menyaksikan kaum hawa ditindas lagi. Sedangkan sudah jelas Islam itu sendirinya dianuti oleh majoriti bangsa kita sendiri. Tidak malukah bangsa kita, bangsa Melayu yang telah membawa imej yang buruk mewakili agama yang fitrahnya tersangatlah indah pada Allah yang sifatnya Maha Indah

Telah Allah sediakan Al-Quran buat pedoman hidup. Surah An-Nisa’ itu sendiri telah mempamerkan Islam begitu memandang kaum perempuan sebagai insan yang sangat istimewa. Begitu banyak hukum dan kaitannya tentang kaum hawa dalam surah ini. Telusurilah makna disebalik ayat-ayat Allah agar kita sendiri sedar maksud disebalik tiap-tiap ayatNya. Dan firman Allah SWT,

“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”(Surah An-Nisa’; ayat 19)

Dan di sini, Allah telah melarang keras orang-orang yang mempergunakan kaum hawa secara kasar dan tidak bertepatan dengan syariat Islam itu sendiri. Diperlihatkan juga, bagaimana orang-orang yang Allah berikan akal dan fikiran, namun masih menidakkan ayat Allah. Sedar ataupun tidak, perlakuan masyarakat kini terhadap golongan hawa seperti tidak ada asas yang menjadi kekuatan ummah Islam itu sendiri. Mana janji orang Islam untuk menjadikan rujukan utama kita hanya pada Al-Quran dan hadis.

Ayuh kita renungkan kembali. Namun, bukan sepenuhnya kita menyalahkan masyarakat yang melakukan penindasan itu. Perlu juga kaum hawa itu sendiri membuka mata yang mereka adalah insan yang Allah jadikan untuk kebaikan bukan keburukan. Mereka sendiri seharusnya sedar amanah itu. Sabda Rasulullah SAW,
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad, dan An-Nasa’i).

Dalam hadis juga disebutkan istimewanya kaum hawa. Namun, keistimewaan itu dapat dilihat andainya mereka itu perempuan yang solehah. Andai mereka itu sebaliknya, kaum hawa boleh menjadi fitnah yang besar juga kepada kaum adam. Dan sabda Rasulullah SAW,

“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, at-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

Janganlah kita jadikan diri kita ini sebagai kaum hawa yang membawa fitnah yang besar buat kaum adam. Menjadi tanggungjawab hawa sendiri untuk menjaga diri demi maruah yang Allah anugerahkan.
Manusia hanya Allah ciptakan dari dua golongan utama iaitu adam dan hawa. Maka, antara kehidupan golongan terbesar ini saling berkaitan. Sejauh mana kita menjadikan hubungan ini hubungan yang dirahmatiNya melalui ad-deen yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Ingin saya ulaskan secara panjang lebar tentang golongan hawa yang sentiasa diwarwarkan menjadi tulang belakang kepada kejayaan kaum adam. Pernah jua kita dengar, disebalik kejayaan seseorang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya yang menjadi sayap kiri kepada kejayaan itu. Tidak kiralah siapa mereka itu, mungkin ibu, isteri, adik-adik mahupun seorang anak
Perempuan solehah dikenal melalui peranannya sebagai ibu, isteri dan jua anak.

IBU
Ibu adalah insan yang menjadi tunjang kepada sebuah keluarga yang bahagia. Corakan dalam sesebuah rumah tangga biasanya dilakukan oleh ibu. Ibu yang melahirkan anak-anak dan menyusui mereka.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibubapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Surah Luqman; ayat 14)

Didikan ilmu dunia mahupun akhirat jua biasa datangnya dari didikan ibu. Kesibukan ayah mencari nafkah menjadikan tanggungjawab ibu itu lebih tertumpu kepada anak-anak mereka. Merekalah yang menyediakan makanan, pakaian dan keselesaan bersama.

Allah jua telah menaikkan martabat ibu lebih tinggi dari ayah. Ibu juga adalah insan yang paling hampIr dengan anak-anak. Anak-anak kebiasaannya lebih selesa untuk bersama dengan ibu dalam meluahankan perasaan kerana jiwa seorang ibu ini tersangatlah sensitif.

Keihklasan ibu dalam menguruskan rumah tangga perlulah dihargai oleh seisi rumah. Tidak pernah dia meminta bayaran untuk semua yang dilakukan kerana kasih dan sayang ibu itu mengatasi segalanya. Mungkin dengan hanya melihat keselesaan anak-anak, kejayaan mereka sudah cukup membayar selautan pengorbanannya. Subhanallah, betapa Engkau menciptakan naluri ibu sungguh hebat.

ISTERI
Selain itu, isteri juga memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah rumah tangga yang sakinah. Telah Allah jadikan makhluk di atas muka bumi ini berpasangan. Seperti jua lelaki, dikurniakan perempuan sebagai pasangan.

Siapa yang menginginkan wanita yang buruk akhlaknya sebagai pendamping diri dalam melayarkan sebuah bahtera agung. Perempuan yang solehah adalah idaman setiap lelaki yang soleh. Allah SWT telah berfirman,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (Surah An-Nur’; 26)

Itulah janji Allah kepada kita, kaum hawa. Jadilah kita ini penyejuk kepada suami yang soleh, sayap kiri kepada sebuah rumah tangga yang bahagia disusuli dengan iman dan Islam. Lelaki juga akan memilih wanita untuk dikahwininya juga atas dasar agamanya, imannya dan akhlaknya. Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Andai pemilihan atas dasar kekayaan, pasti suatu hari itu akan lenyap. Andai pada dasar kedudukan, pasti kedudukan itu akan jua digugurkan. Jika pada kecantikan, kecantikan itu jua akan hilang seiring dengan usia yang meningkat.

Isteri bertanggungjawab menjaga kebajikan si suami dengan memberi kebahagiaan kepadanya. Tugas seorang isteri memang juga tidak dinafikan tersangatlah penting kerana isteri juga memikul tanggungjawab seorang ibu.
Dengan kehadiran cahaya mata kurniaan Allah, maka kedua-dua tanggungjawab isteri dan ibu telah digalas olehnya. Isteri adalah teman yang paling hampir dengan suami. Isteri yang solehah adalah penawar racun hati seorang suami.

Isteri juga adalah tempat suami berkongsi masalah dan jua tempat berbincang. Patuhilah suami selagi tidak menyalahi syariat Islam. Carilah redha Allah itu dalam redha suami. Jadilah kita golongan hawa ini sebagai penenang buat adam yang halal bagi kita. Janji Allah itu pasti.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang dia suka (mengikut pilihannya)” (Riwayat Ahmad.)

ANAK
Anak-anak adalah kurniaan besar dari Allah, hadiah kepada sesebuah rumah tangga. Anak-anak juga permata yang berharga kepada ibu dan bapanya. Keserian rumah tangga ditambah lagi dengan kehadiran mereka. Firman Allah SWT,

“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Asy Syuura; ayat 49)

Tanggunjawab menjaga anak perempuan merupakan satu amanah besar dari Allah SWT. Anak perempuan perlu diberi lebih kasih sayang kerana mereka punyai hati yang lebih sensitif. Adalah menjadi tanggungjawab ibu dan bapa memelihara kehormatan dan aib mereka terutamanya dari segi aurat, memberi pendidikan agama kepada mereka agar mereka sedar dosa dan pahala terhadap setiap perbuatannya serta menjaga adab mereka.

Didiklah mereka sedari kecil lagi dengan syariat Islam agar kelak hati tenang dengan setiap tingkah lakunya. Ajarilah mereka seperti yang kita kehendaki daripada seorang bakal isteri dan seorang bakal ibu yang solehah. Ceritakanlah kisah keagungan wanita pada zaman Rasulullah s.a.w. agar mereka mengambil iktibar dari setiap perjuangannya.

Hawa, Insan yang tidak asing lagi dalam sejarah Islam. Ketabahan hatinya mampu menyaingi kekuatan seorang lelaki. Insan yang punyai tanggungjawab yang besar dalam Islam. Kembalikanlah era wanita diangkat tinggi oleh Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. Hentikanlah penindasan ke atas hawa kerana kami jua insan yang punyai maruah dan cita-cita yang tinggi dalam memartabatkan agama, bangsa, negara dan keluarga.

aku GERAM




jawab salam tu dulu ..tak jawab dosa tau .. pastu senyum selembar-2 nye .. hhaha. sebab aku tak tahu nak post apa kat sini .. emm ,..eh ! =,=' lupa pula aku .. nak tahu sebab apa aku geram ..meyh dekat-2 ..jangan tinggal kan ruang sikit pun .. haha ..apa-2 jelah aku ni..

korang nak tahu tak ?? aku dah jumpa sim card kesanyangan aku tuh ..boleh lah aku nak mcg dan adik aku lagi..wah! bangga sedikit .. tapiyang aku geram tuh rupa nyer selama ni abnga aku yang pemurah tuh yang mngaku kat aku yang selama ni yang guna aku punyer sim card .. bertahun aku carik sim card tu kau tahu ..sengal punyer abang aku .. SECOND story mak cik aku telifonthenn dyer nak cakap ngan mak apa lagi berlari lahh aku yangbaru bangun tido ni..hehe .. pegi kat emak aku .. tetiba .. BUKK .. tak pasal jatuh longkan lak .. adesh .. malu siot .. mak aku gelak jelahh .. aku pass fon tuh cepat .. buat muka tak tahu pastu terus tido balik .. malu semalu nye .. haha

bangun tidur baru aku perasan kaki aku berdarah .. time tulahh aku baru terasa pedih yang amat mnyilu kan ..
buruk dahh kaki aku ni .. haha ..padan muka aku kan siapa suruh lari time bagi fon .. semangat sangat lahh kata kan .. sebbab tulahh aku malass nak masuk lari-2 ni.. asyik jatuh jelahh ..mnyampah to0l ..  okay lahh aku dah malass nak taip-2 ni lahh .. kalau panjangsangat nanti korang bosan plakk kan kan .. taknakngaku pulak korang .. lantak lahh

selamat menikmati petang yang indah:)



kehilangan SAHABAT .. Menghibakan hati ini..

http://www.youtube.com/watch?v=Aw8W6hYGZ0E
okay-2 kenapa aku tulis statement ny .. sebab SAHABAT aku bakal  meninggalkan bumi TERATAK SAMSMEL ..kenapa?? kenapa? semua inimesti berlaku .. kerana ia amat menyeksakan hati ini ..betapa terseksa nya hati ini untuk merelakan dy pergi .. tapi aku terpaksa melepaskan dy kerana dy harus meneruskan perjuangan yang masih panjang .. hati ini sungguh hiba kerana dy bersama-sama mencipta saat-2 yang indah bersama diri ini ..walaupun diri ini banyak kekurangan tapi kau sanggup BERSAHABAT dengan diri ini ..

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi..

Pukul 12.30 p.m.  merupakan detik terakhir kita bersua .. betapa hiba ini untuk melepaskan pelukan yang amat erat darimu.. haha .. tersedu-2 aku hari ini .. sorry lahh NUR IZZATI YUNUS aku ny sensitif sikit cepat tersetuh .. lagi-2 kau SAHABAT yang aku sayang akan tinggal kan aku .. waaa....  aku dah lama tak nangis  ny .. kau tahu mnggu depan kau mesti datang .. aku tak sanggup nak berpisah dengan KEMBAR aku ny ..
                                                                                     kita selalu bersama 

                                                                  mengukir dunia
                                                               untuk sebuah cerita
                                                                   menuju cita-cita
                                                               takan pernah lelah
                                                             untuk menjalin kisah
                                                          melewati setiap masalah
                                                           tanpa ada keluh kesah
                                                                    kita bisa
                                                                kita bersama
                                                                 kita seirama
                                                               dan kita dunia
                                                    cerita ini akan selalu melekat
                                                      tak bisa mati dalam sesaat
                                                    karena kita adalah sahabat
                                                              dunia akhirat..
seronok kan bila teringat kerenah kelas 3 TABLIGH 2011 .. macam kerenah yang sangat menciutkan hati masing-masing .. walaupun kami nakal tapi kami sangat BEKERJASAMA bila melakukan sesuatu PERKARA .. haha .. eratkan kami semua .. mestilah kelas paling SENYAP lahh kata kan .. haha.. Lepas ny dah tak dapat nak dengar suara BEKAS PENOLONG kami .. dy ny suka buat lawak dy tuh .. ada jerk idea dy nak cantik kat kelass kte .. bak kata orang HOME SWEET HOME lahh .. dengan berkat idea-2 dy dan budak-2 yang lain.. kelass kita bertemakan HIJAU .. bila melangkah ..terselah lahh kehijauan nya .. sejuk je mata mendang .. siap kne puji lagi .. masing-2 semua dah kembang .. hahha
NUR IZZATI BINTI YUNUS
Bekas Penolong Kelas merangkap KEMBAR AKU ..

Dia ny peminat warna biru lahh macam aku jugak lahhh .. yelahh .. kembar lahh kata kan kan.. hahah.. Dy ny minat sangat dengan binatang yang digelar kucing .. kalau jumpa mana-2 kucing mula lahh dy jadikan kucing macam anak angkat dy .. haha pelik-2 jelahh izzati ny kan kan ..? okay-2 dah jangan nak puji-2 si izzati nanti tersedak pulak dy kat rumahh tu .. haha.. izzati kau jangan lupa kan aku kteorang kat sini .. aku syang kau tau ..sedih pula hati aku ny .. eh-2 tengok dah mengalir pulak AIR TERJUN dekatt sini .. ny yang aku malass nak story ny .. izzati sedih lahh nanti aku dah takde kawann nak borak malam-2 sebelum tido .. tak dapat nak dengar kau ketawa lagi ..tak dapat nak mintak AIR kau lagi ..haha .. tak dapat nak dengar kau bercerita lagi ..tak dapat pinjam BARANG kau lagi .. waaa ..sedih-2..

kau jangan nangis tau sebab aku taknak kau menangis yelahh kau tuh kalau nangis tak ingat dunia .. pastu airmata kau tuh MAHAL tau bagi aku .. aku taknak kita berpisah dalam kesedihan .. aku nak berpisah dengan GEMBIRA sebab kalau tengok kau nangis aku susah nak terima kehilangan KEMBAR aku ny .. terma kasih kerana mencipta memori yang tak akan aku lupakan sepanjang hidup aku .. sebab kau SAHABAT yang terbaik penah aku ada .. yelahh .. kau sentiasa ada masa aku sedih,gembira,bad mo0d ..
kadang-2 aku selalu marah kau .. kau tetap nak kawan dengan aku .. aku mintak maaf kalau aku ada menguris hati kau yang berbentuk LOVE tuh .. kerana aku tak sanggup kau bersedih kerana diri ini yang serba kekurangan  .. 
                                                     
okayy itu jelah dapat aku post untuk hari ini ..penat lahh .. tapi disebab kan izzati .. aku sanggup buat sebab kau SAHABAT sejati aku .. aku sayang kau dowh .. kau jaga diri kat tempat orang jangan nakal-2 tau .. ingat sikit kau tuh dah lahh comel .. haha aku doakan  kau berjaya kerja cita-2 kau yang mengunung tinggi macam gunung everest tuh .. ahaha

kawan saya itu


Boleh aku katakan dah lama aku tak jumpa dengan sahabat2 aku.. Aku rindukan suasana gelak riang bersama sahabat2 aku dulu.. Tak seperti aku sekarang yang hanya hipokrit bersama kawan2 aku..  Seperti aku menampal muka dengan topeng joker lalu berjenaka ...

tengok-2 aku dah merepek-2 dah ny .. haha..
budak-2 ny pindah bukan info .. tup tup .. datang sekolah tengok tinggal setengah jelah budak kelas tahu lepass ..apa lah .. tapi aku doakan korang heppi dekat sekolah yang BARU tu .. jngan lupan kteorang pulak .. aku tahu kau lupakan kteorang siap korang .. bajet jelah aku ny .. haha 
walaupun korang dah pindah korang semua tetap dekat hati aku yang berbentuk LOVE ny ..haha

3 tabligh 2011..


perkataan kat atas ny tetap ada dalam kepala otak aku ny tau .. kau ada ?? takde kan ..
so takyah nak jeles-2 lah .. haha .. dah pegy main jauh-2..
batch tahun tak best lah .. kalua boleh aku nak budak-2 tahun lepas .. korang tahu kenapa?? 
okay meyh sini rapat sikit dengan skrin tuh .. budak-2 nyer semua ceria selalu .. kelas aku tuh sentiasa sejuk jep mata memandang sebab kelas kami HIJAU .. semua tu hasil kaki tangan yang berkorban untuk  mencantik kat kelas tu ADLIN.AINA.IZZATI.EMY DollIE.HUSNA.IZZATI YUNUS.FAHMI.IRFAN.HAFIZ. dan yang terlibat dengan nyer .. time SMA para jejaka semua sudah dibuai mimpi yang indah .. aku puns tumpang sekaki ..haha ..tak cukup tidolah kata kan kan .. haha kesian USTAZ BAD .. tapi dier tetap teruskan pelajaran .. nakal-2 sungguh budak-2 ny .. haha suka buat masalah .. tapi tak penah kantoi lagi tau .. dah baca ENTRY  ny kan so jgan nak cerita kat siapa-2 pulak . ShhHH ..

okay-2 cukup sampai disini jelah ENTRY aku kali .. sorry lah kalu cerita aku tak menarik .. eHh ! suka hati aku lah nak tulis apa .. best ke tak best itu belakng cerita okay:) kalau nak merungut pegi main jauh-2 lah .. wekk






serabut.serabut.serabut

lama tak bukak 'benda' ny kan kan .. anda semua rindu kan saya takk? mestilah kan saya kan comel ..okay fullstop.. semakin nak cuti makin banyak kerja sekolah yang datang dekat aku ny ..haha
boleh pecah kepala aku nak buat homework EKONOMI ASAA yang diajar oleh PUAN ANISAH ..esok kene hantar ..tapi ..sempat lagi aku posting 'benda' ny kan kan .. yelah kalau aku tak update nanti 

CIK AINUL MARDZIAH dan CIK FATIMAH SHAHUDDIN 

suruh-suruh sya posting .. maklum lah diorang rindu kott nak dengar aku membebel kat sini .. sebab kat sekolah aku asyik bercerita dengan diorang tak kira msa .. haha .. kesian korang kene tadah telinga nak dengar cerita aku yang tak akan habis sampai bila2 ..haha .. padan muka tulah aku kalau dapat bercerita tak ingat dunia .. macam dunia ny ana yang punya lah ..perut dah laparr .. tapi makanan takde pulak terpaksa aku makan ANGIN jelah kan kan ..



melaka.melaka.melaka

dari pukul 7.45 p.m bertolak dari rumah sampai melaka pukul 10.15 p.m ... time dalam kete suma tido tinggal parents aku jep tak tido ...HAHA ! mula-2 masing-2 suma semangat nak pegi gadek.. emm gadek lh .. knpe??
korang tak tahu kat mne ke?? sedih nyer:)) Gadek tuh kat melaka lh .. hah ! susah-2 pegi buka google kat senang tayah susah-2 nak pikir kan kan ^^..okay:) kte sambung cerita aku ny pastu sampai lh kat depan rumah pak cik aku ..knpe?? bnyak tnyer lah ..haha:)) pak cik aku ada buat BBQ sempena TAHUN BARU ny ..semangat gler dari jauh aku boleh dengar 0rg nyanyi .. meriah-3 ..haha ! aku dah semngat nak pegi makan ny..haha perut time tuh asyik merayu-2 kat aku untuk di isi ..haha :)) datang-2jep ada orang smbut depan pintu pagar..* sebernanya budak-2 lepak situ ..haha :))
pastu salam-2 lh .. tak kan tak salam kot .. dah salam-2 tuh apa lagi makan sedap dah terhidang tapi aku ny  pemalu pulak ..HAHA ! * semenjak ble pula aku ny pemalu ..pelik-2..dah merepek aku ny ..huh

tetibe adek aku tegur aku dyer ajak makan..haha:)) macam tetamu terhormat la pula ..haha:))
aku ckap kat dyer" kau tak makan sekali ke?" dyer kte dyer dah makan .. oh aku baru teringat pak cik aku dah bawa dyer dulu kat situ ..haha:) then lantak dyer lh kat situ ..janji aku dpat makan ..time amek makanan baru aku teringat meja penuh  plak kene lah aku makan berdiri ..sedih :(..Naseb baik aku pakai t-shirt time tuh ..so aku tak kesah sgt lah?? tengah makan-2 aku ternampak mamat sorang ny muka macam syuib ..aik aku peli juga tak kan syuib datang  kot ..haha :p.. then aku tnyer dekat cousin aku dyer kte tuh mmbe dyer ..

0ooh baru aku tahu...haha:) then dyer nyanyi ..emm .. not bad lh sebab suara dyer serak sket ..mata sepet plak aku engat dyer tido smbil nyanyi ..haha:)) sedap lah juga suara dye dari pak cik yang nyanyi dekat situ ..
eh-2 pasal aku cerita pasal mamat tuh dekat sini plak..okay-2 kte berbalik pada cerita tadi ..
okay tamat lah sesi nyanyi-2 tuh sebab orang-2 ramai nak balek sebba dah malam lah .. aku lepas makan terus masuk rumah sebab nak tengo cerita THE SCHOOL OF ROCK best d0wh citer dyer ..haha
yang laki-2 tengah kemas meja-2 kat luar tuh .. malas aku nak tolong sebab mne ada pompuan kat luar tuh ..haha:)) then dalm pukul 1.30 a.m  cousin ngan mmber dyer kuar pegi mana ntah ..argghhh! buat apa aku nak amik tahu kan d0rg punyer pasal lh nak pegi mana kan kan .. haha:))

pukul b2 lebyh kot d0rg balek.. time tuh aku tengah sedap-2 mimpi aku terjaga sebab dengar org bukak pagar..alah kacau lh dorg ny ..apa lh laen kali balek lambat lagi .haha:))
esok pagi nyer lepas breakfast aku ngn adek sepupu aku ajak naik basikal round-2 melaka.. best tau dah lama aku tak naik basikalny ..first-2 tuh kekok lh juga ..dalam pukul 11.30 a.m aku balik lh ..penat dowh ..dorg bawa aku pegi tempat jaoh ..then pusing-2 kat tempat yang sama jep ..haha:)) budak-2 lah kte kan ..

okay ..sampai sini jelah citer aku untuk kali ini..